Kerajaan Libatkan Pelajar dalam Program Pelancongan / Government involves students in Tourism Programme

Sekolah Perintis Negeri Sarawak
Pioneer Schools in Sarawak

- Sekolah Kebangsaan Serian
- Sekolah Menengah Teknik Sejingkat

Sekolah Perintis di bahagian Miri
Pioneer Schools in the Miri Region


- Sekolah Menengah Kebangsaan Riam
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. Columba (26 Jun 2003)

Untuk membaca rencana/artikel penuh.
To read the full article.

Klik di sini / Click here.

Petikan dari artikel tersebut:

Program itu diadakan dengan matlamat untuk:

- Menyemarakkan aktiviti pelancongan domestik dengan memupuk budaya melancong dalam negara sendiri di kalangan pelajar terutamanya ke tempat-tempat bersejarah; kebudayaan, eko-pelancongan dan lain-lain

- Menghindari gejala-gejala sosial yang semakin popular di kalangan pelajar pada masa kini dengan menggalakkan pengisian masa lapang secara bijak dan berfaedah

- Mewujudkan perpaduan serta meningkatkan integrasi kaum di kalangan generasi muda melalui aktiviti-aktiviti pelancongan dan pengembaraan yang terancang dan teratur bagi mengeratkan hubungan dan interaksi antara pelajar berbilang kaum

Bagi mencapai matlamat-matlamat itu, kementerian menggalakkan penubuhan Kelab Pelancongan di sekolah-sekolah dengan objektif untuk:

- Memupuk semangat cintakan tanahair di kalangan pelajar

- Memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali tempat-tempat yang menarik di dalam negeri, khususnya tempat-tempat bersejarah, kebudayaan, eko-pelancongan dan lain-lain yang dapat meningkatkan mutu pembelajaran mereka

- Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang industri pelancongan

- Menambah kefahaman di kalangan pelajar tentang komponen-komponen yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan industri pelancongan di Malaysia

- Memberi peluang kepada pelajar untuk mengurus serta mengatur segala aktiviti lawatan dan perjalanan keluar yang dirancang oleh persatuan/kelab di sesebuah sekolah melalui Kelab Pelancongan dengan kerjasama syarikat-syarikat pelancongan setempat

- Menyediakan program dan aktiviti yang sihat kepada pelajar

- Merapatkan hubungan interaksi di antara pelajar berbilang kaum dengan mengadakan program lawatan pelancongan yang khusus

- Menggalakkan pelajar untuk menimba ilmu secara berterusan melalui kaedah pendidikan secara lawatan

- Memberi penjelasan berkaitan peluang-peluang pekerjaan dan juga perniagaan yang terdapat di dalam industri pelancongan

Penubuhaan Kelab-kelab Pelancongan Sekolah di seluruh negara adalah tertakluk kepada Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 dengan mensasarkan penyertaan daripada para pelajar di peringkat rendah dan menengah.

No comments:

Post a Comment