15 sekolah menengah kebangsaan (SMK) sekitar Perak dipilih sebagai lokasi perintis Kelab Pelancongan Pelajar

Tarikh: 15 Julai 2009
Dipetik dari Kosmo Komuniti Kita

Sebanyak 15 sekolah menengah kebangsaan (SMK) sekitar Perak dipilih sebagai lokasi perintis Kelab Pelancongan Pelajar dan masing-masing menerima peruntukan khas bagi tujuan itu kelmarin.

Menurut Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Perak, Rahmad Ithnin, walaupun jumlah peruntukan itu tidak seberapa namun insentif RM500 itu diharap menjadi pemangkin dan modal asas untuk setiap kelab terbabit memulakan aktiviti.

"Penubuhan Kelab Pelancongan Pelajar itu merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran pelancongan anjuran Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran," katanya.

No comments:

Post a Comment