Aktiviti-aktiviti / Usaha-usaha Kelab Pelancongan Pelajar

Sumber: Laman Web Bekas Menteri Pelancongan YB DATO’ SRI AZALINA DATO’ OTHMAN SAID

http://www.azalinaothman.com/?page_id=285

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menjayakan program ini termasuklah mengadakan acara tahunan seperti 1) kuiz pelancongan pelajar peringkat negeri dan kebangsaan. Saya difahamkan bahawa pertandingan peringkat kebangsaan akan diadakan pada 12 hingga 15 Oktober tahun ini.

Selain itu, kelab pelancongan turut ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara yang mana ia 2) berfungsi sebagai pusat penyaluran maklumat mengenai aktiviti 3P di Kementerian kepada para pelajar. Saya difahamkan sehingga kini terdapat sebanyak 1,344 kelab pelancongan yang telah berjaya ditubuhkan.

Kementerian Pelancongan turut menganjurkan 3) seminar-seminar kepada guru dan pelajar sekolah di seluruh negara bertujuan untuk memberi 4) pendedahan mengenai faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti pelancongan dan rekreasi di samping 5) menanam budaya melancong selain mengelakkan golongan pelajar daripada terlibat dengan gejala negatif.

Malah, kementerian kami juga ada 6) menganjurkan lawatan sambil belajar untuk sekolah-sekolah terpilih dari seluruh negara. Mereka akan dibawa ke destinasi-destinasi percutian yang menarik dan dibawa tinggal di homestay untuk merasai sendiri pengalaman bercuti yang unik itu. Dalam hal ini, kami mendapat kerjasama yang erat dari Majlis Tindakan Pelancong Negeri (MTPN) dan Pejabat-pejabat Pelajaran daerah.

Sementara itu, sumbangan seperti risalah-risalah pelancongan dan cakera padat kepada kelab-kelab pelancongan telah dilaksanakan oleh kerajaan supaya para pelajar sentiasa mendapat informasi tentang perkembangan industri pelancongan di dalam negeri terutamanya produk-produk pelancongan terkini.

Ini adalah kerana secara tidak langsung, para 7) pelajar juga boleh bertindak sebagai duta kecil negara terutamanya mereka yang menyambung pelajaran di luar negara.

2 comments:

  1. Homestay&Hostel Lawatan Bas Ke Melaka. Hanya RM10pax! layari blog http://jasinhomestay.blogspot.com/ atau SMS 0123736548

    ReplyDelete
  2. pakej menarik lawatan ke melaka.layari blog http://akasia2holiday.blogspot.com

    ReplyDelete